Friday, July 22, 2011

keputusan yg rumit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Ya Allah tlong aku..!!!!!!!!!!!

☆彡☆彡 ☆彡 Just for you my love ALLAH ♥ ☆彡 ☆彡☆彡

Bismilahirrahmanirrahim...

si lelaki : Syg.. kenapa belum tidur lagi ni… jom lah tidur.. abang ngantuklah..
si gadis : kenapa abg masih panggil sy ‘syg’ lg nie?? Kan abang dah janji xnak panggil sy cm tu lg? melalaikanlah abg..
si lelaki : ops silap, maafkan abang ye..
si gadis : maaf, maaf, maaf, tu je abang tahu.. abang, sy sebolehnya nak menjaga perlakuan sy tp bila abg masih xubah perangai abg mcm ni, sy rasa abang jangan cari sy lagi lps ni,dulu sy sanjung abang sebab abang belajar agama.. abang hafaz Quran.. tp sekarang apa yang abang tunjukkan pada sy?? Cinta bernafsu abang.. kita dah lalai..
si lelaki : hmm awk janganlah cakap macam tu.. kalau 5 tahun lepas awak nak mintak jauhkan diri dari awak, abang yakin abang boleh tinggalkan awak. Sekarang kita dah kenal 5 tahun, baik buruk awak abang dah hafal dah.. dah faham sangat-sangat dah.. abang xakan dapat lupekan awk. Ummi dan abah kite xlarang kita berkawan, ape yang awak nak risau??

Si gadis : ape sy risau abang tanye?? Abang tengoklah hubungan kite ni, dah jauh myimpang.. ni semua nafsu, abang sedar tak? Sy nak redha Allah.. bukan redha abang.. walau kita xbercinta macam couple lain kita tetap terlibat dengan zina hati.. sy rindu abang, sy sayang abang.. sy nak hidup dengan abang.. sampai bila sy nak macam nie.. abang xpernah nak ambil serius hal ni.. kenapa abang?? Kita kena ingat.. cinta Allah tu yang paling atas sy xnak cinta sy yang abang Agung2kan..

si lelaki : Abang dah malas nak bercakap soal ni lagi.. abang tetap akan tunggu awak.. tunggu abang habis belajar.. abang akan meminang awak. Abang sayang awak. Dah jom tidur..assalamualaikum.. ingat pesan abang, tidur basuh kaki, 3 qul jangan lupa.. ayat Qursi Pahat dalam hati selalu.. fahami maknanya. Jangan fikir apa2 dah lepas ni.. moga tidurmu Diiringi rahmat Allah selalu yup ^_^

si gadis tidak membalas mesej seperti selalu.. merajuk kerana hasratnya untuk berpisah dengan si lelaki diambil mudah si lelaki.. si gadis terus berdoa agar jodohnya berkekalan dengan lelaki tersebut jika sememangnya dia tercipta untuk menjadi suri bagi si lelaki.. tanpa diduga seminggu selepas itu wanita tersebut dipinang seseorang… jejaka yang meminang si gadis berpangkat ustaz jugalah.. sudah memerhati si gadis dari jauh, dan sempat berkenalan… hanya perkenalan biasa antara ustaz dan anak murid.. jejaka tersebut tertarik dengan perwatakan si gadis yang lemah lembut, peramah serta si jejaka tersebut kagum dengan usaha si gadis berubah dan berusaha menjadikan diri lebih tawaduk dengan Allah.. tanpa berfikir panjang dan atas rasa tanggungjawab yang hadir dalam hati si jejaka dia membuat keputusan menyunting si gadis untuk menjadi permaisuri hidupnya serta ibu kepada anak-anaknya.. si jejaka amat yakin dapat mengubah dan membimbing si gadis untuk menjadi insan solehah dan beriman kepada Allah s.w.t..

si gadis termenung panjang merenung nasibnya dan berusaha memikirkan jalan terbaik untuk hubungannya dengan si lelaki.. kring2.. si gadis tersentak.. dengan pantas si gadis mengangkat handphone yang bingit berbunyi.. perbualan berlangsung…15minit kemudian handphonenya diletakkan kembali ke tempat asalnya.. ada org dtg meminang?? Kenyataan yang membingungkannya.. dia masih memikir apa yang diberitahu ayahnya sebentar tadi.. sapa yang masuk meminang aku pulak nie?? Abang ker?? Adoilah.. masa nilah nak datang meminang.. aku dah lah tengah celaru.. rungut si gadis.. yang lagi dia tak dapat terima.. ayahnya mengatakan setuju dengan peminangan tersebut.. malam tersebut si gadis menunaikan solat istikharoh memohon petunjuk Illahi.. hatinya tidak tenteram.. nak menghubungi si lelaki dia masih merajuk dengannya.. berpuluh-puluh panggilan dari si lelaki tak berjawab.. 3 hari berlalu dia semakin risau.. tentang nasibnya.. siapakah yang bakal menjadi suaminya?? ‘Si lelaki’ kah?? Atau jejaka misteri? Langsung tidak terlintas di fikirannya nak menanyakan hal yang merunsingkannya kepada si lelaki..

Si gadis nekad balik kampung bertemu abah dan umminya. Hatinya memberontak ingin tahu siapa lelaki misteri tersebut.. selepas 1jam berbincang.. akhirnya si gadis berasa lega kerana persoalannya selama ini telah berjawab.. dia dalam dilema.. memilih insan dicintainya sekian lama atau memilih ustaz tersebut… gadis tersebut termenung panjang memikirkan masalahnya...

Persoalan di sini adakah si gadis menerima lamaran lelaki tersebut??
Atau dia akan tetap terus menunggu ‘si lelaki’ datang meminangnya??
Jikalau anda wahai muslimah?? Apakah keputusan anda???

SAMBUNGAN….

Jam menunjukkan 12 malam.. si gadis masih tak mampu melelapkan mata.. memikirkan masalahnya.. lantas pena diambil…. bagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya.. iya, hanya itu pengubat hatiku yang resah ini.. Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.. doa dipanjatkan………….

“Ya Allah.. tutupkanlah hati ku pada mana-mana lelaki.. sehingga sampai jodohku... Ya Allah.. tutupkanlah hatiku untuk melakukan maksiat pada Allah lagi.. tak sanggup rasanya ku hitung dan mengukir dosaku lagi.. aku manusia lemah.. tak mampu bangkit tanpa huluran bantuanMu.. Ya Allah.. hinalah aku tanpa cinta dan kasihku padaMu.. Ya Allah.. berjuta air dari kelopak mata ini.. membasahi pipiku.. berjuta kali ku kesat dan pujuk hati ini.... Kau cintaku yang abadi... aku terus ternoda.. titik hitam terus bermaharajalela.. Ya Allah.. tiada lagi tempat tuk ku mengadu.. hanya padaMu.. tutupkanlah simpatiku tutupkanlah hatiku kepada yang tidak berhak... tutupkanlah... biarlah hati ini hanya untukMu... ku pasti dengan janjiMu.. ku pasti dengan ketentuanMu... ku pasti akan kasih sayangMu... ku pasti ya Allah.. tutuplah pintu hatiku pada insan yang bergelar ajnabi... lelah.. aku lelah.. hentikanlah dugaan ini.. ku tak mampu harungi lagi... kasihanilah aku Ya Allah... ku tahu redhaMu tetap ada untuk ku.. jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu.. aku tidak sanggup lagi Ya Allah.. tak sanggup lagi menderhakaiMu....”

Hujan renyai-renyai pagi tu… si gadis sudah membuat keputusan.. ya, benar, itu keputusan sy.. luah si gadis kepada si lelaki.. si lelaki tidak mampu berkata apa-apa lagi… pertemuan berakhir di situ, Teluk Chempedak menjadi destinasi pertemuan mereka..di sebuah pantai yang indah lagi menenangkan jiwa kedua-duanya yang sarat perasaan buntu, kecewa, dan risau..ape?? argh….! si lelaki terasa ingin menjerit .. tidak percaya dengan apa yang didengarinya seminit cuma.. mahu atau tidak si lelaki terpaksa menerima suratan takdir yang telah tertulis untuknya.. dia terpaksa...takdir ini terlalu perit untuk dia telan, lebih pahit dari hempedu..hatinya terasa seperti kertas yang direnyuk-renyuk..sampainya hatimu sayang.. itu kata-kata terakhir si lelaki.. lantas berlalu pergi dan langsung tidak berpaling kepada si gadis..tawakkaltualallah hanya itu terlintas di hatinya..

Abang.. tinggalkan sy..maafkan sy.. keputusan ni sy buat bukan kerana sy benci abang.. bukan kerana sy ada yang lain.. bukan kerana apa.. tapi kerana ALLAH… terngiang-ngiang ayat yang luncur ditutur oleh si gadis.. tinggalkan sy kerana Allah.. sy rindukan Allah… jangan persoalkan lagi kenapa sy buat macam ni..lepas ni kita putus.. segera si gadis mematahkan simkadnya di hadapan si lelaki.. tanda dia tidak mahu lagi diganggu… dengan menahan sebak di dada, dan tidak mahu nampak lemah di hadapan si lelaki, dia mengalihkan pandangan ke arah pantai yang sedang bergelora.. menenangkan diri… si lelaki berlalu pergi… ‘sampainya hatimu sayang’ hanya itu didengarnya..

si gadis pulang dengan perasaan bercampur baur, masuk sahaja ke dalam kereta terus dirembeskan air matanya semahu-mahunya tanda kemenangan berjaya keluar dari kesulitan yang melanda dirinya.. selama sebulan dia menyendiri sendiri.. diisi masa sepenuhnya beribadat kepada Allah s.w.t.. ini keputusan aku!! Aku tidak akan sesekali menyesal, itu janjiku.. monolog si gadis…
Ditenangkan hatinya dengan mengalunkan salah satu lagu nasyid dari kumpulan In-Team~ Kasihku Abadi~ lirik yang sungguh syahdu serta menggambarkan situasinya pada waktu itu.. ‘kamar hatiku..sekian lama.. suram dan sepi kekosongan..aku mencari.. insan sejati tuk menemani hidup ku.. hanya ku harap keikhlasan dan ku rindukan keramahan.. aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan.. mengasihimu dikasihi.. menyayangimu disayangi.. merindui dan dirindui saling mengerti di hati.. dia menghayati lagu itu dengan sepenuh jiwanya..dihabiskan bait2 terakhir lagu itu, ‘terimalah serta kabulkan harapan ini.. ku melafazkan kata penuh makna bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah hidup mati jodoh pertemuan ditentu Allah.. Yang Maha Esa… perkenankan hasrat di hatiku’... ini jawapannya.. sudah terjawab…. Hatinya cukup tenang selepas itu.. seolah tiada apa-apa yang berlaku.. biarlah hanya Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. diulang-ulang ayat itu sehinggalah dia selamat tiba di rumahnya..

Si gadis telah membuat keputusan ingin sambung belajar di luar negara.. pinangan dari ustaz tersebut ditolak secara baik..

Si gadis : tut.. tut.. tut..tidak sampai pun 10 saat callnya dijawab.. Hello.. Aaa.. assalamu'alaikum ustaz.. (memulakan salam agak gagap sedikit..)
si ustaz : Wa'alaikumussalam.. tanpa meneka dia dah dapat mengagak siapa gerangan si pemanggil.
si gadis : Maafkan sy ustaz.. terpaksa menolak pinangan ustaz.. sy percaya, abah sy dah sampaikan khabar ini kepada ustaz..
si ustaz : hmm.. sy sebenarnya kecewa dengan keputusan awak.. sy benar-benar ingin menjadikan awak isteri sy.. sy yakin dapat membahagiakan awak.. sy janji kerana Allah.. sy akan jaga awak dan didik spenuhnya awak semampu sy…
si gadis : Ustaz.. sy sudah buat keputusan.. Allah dah beri petunjuk kepada sy.. sy yakin mimpi yang sy alami tu betul. Dalam mimpi tu sy berada di bumi asing.. bumi arab.. cuaca sangat panas ketika itu.. tubuh sy berlitup sempurna.. saya sujud tersangat lama di satu tempat yang tiada seorang pun di situ..sy tidak tahu di mana sy.. tiba-tiba suara garau mengejutkan sy. dia mengatakan sy akan diberikan jodoh yang terbaik dari Allah s.w.t, kerana taubat sy diterima Allah.
Si ustaz : habis tu kenapa tolak pinangan sy? Mungkin sy jodoh awak.. kenapa awak langsung tak nak beri peluang pada sy?
Si gadis : rumit ustaz.. rumit… kata hati sy mengatakan ustaz bukan jodoh sy.. dalam mimpi tu sy… sy jumpa cinta hati sy.. wajah itu..wajah yang mencium dahi sy tu bukan ustaz.. entahlah, sy tidak pernah bersua muka dengannya.. sy pun tidak tahu siapa dia.. sebab tu sy ambil keputusan ni. Harap ustaz mengerti.

Si ustaz : Astaghfirullah.. Allah huakbar.. maafkan sy.. kerana menjadi beban awak selama ni..Maafkan sy.. maafkan sy.. moga awak bertemu jodoh yang terbaik.. lelaki misteri tu tersangat bertuah.. sy doakan awak berjaya mencari cinta hati awak yang sebenarnya..
si ustaz lantas menamatkan perbualan secara tiba-tiba.. dia sebak, menangis keseorangan.. memohon ampun kepada yang Maha Esa kerana menangisi nasibnya hanya kerana CINTA SEMENTARA.... tahun demi tahun telah berlalu.. iman si ustaz semakin utuh dek kerana dia tidak mahu terlalai lagi.. ibadahnya semakin meningkat dan menebal.. jiwa dan raganya hanya dikhaskan untuk Allah taala. sesungguhnya cinta Allah sahaja yang Kekal Abadi tidak dapat dibeli dan diwarisi…

Si lelaki yang dicintai si gadis pula kembali pada jalanNya..Bertaubat nasuha atas kekhilafannya.. perpisahan tersebut telah menyedarkannya..cinta itu bukan miliknya.. dengan cinta nafsu juga membuatkan dia lalai dan terleka.. dia merasa satu kerugian yang cukup besar kerana menghabiskan masa untuk ‘bercinta’... Aku bertaubat padaMu ya Allah.. ampunilah aku… beliau mengambil keputusan melanjutkan pengajian Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam di Jordan.. sapa sangka tidak lama kemudian dia bertemu jodoh dengan seorang gadis yang tersangat sempurna, cantik, berakhlak mulia, serta bersama-sama menjadi sayap kiri kepada si lelaki untuk menyebarkan syiar islam.... kehidupannya sangat bahagia.. terbukti Allah itu Maha Pengampun.. apa terjadi kepada si gadis??

Malang tidak berbau.. si gadis menemui ajal di Mesir, di tempat dia menuntut ilmu... beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat berjemaah di sana.. Subhanallah.. takdir Allah.. meninggal ketika menuju ke rumah Allah.. si gadis juga meninggal pada hari jumaat, hari yang dikatakan insyaallah akan masuk syurga..insyaallah, dia adalah ahli syurga.. si gadis tidak sempat bertemu cinta sejatinya…… jenazahnya tersangat wangi, bersih dan wajahnya bercahaya.. mungkin kerana amalanya salama ini yang menyerahkan sepenuhnya hidup dan matinya hanya untuk Allah azzawajalla… Allah telah menjadikan kematiannya dalam berkeadaan mulia.. syukur Alhamdulillah.. dia dikebumikan di kampung asalnya di Kedah.... jadi siapa lelaki misteri yang dia mimpi tu??? Bidadara syurga mungkin..??? insyaallah..^_^ renung-renungkan…
Subhanallah.. sesungguhnya ganjaran yang diberikan Allah tidak terhitung nilainya.. jadi jangan berputus asa lagi untuk meraih cintaNya..pintu taubat masih terbuka… Allah Maha Kaya pemberiannya.. sama-samalah kita berusaha meraih cintaNya dahulu sebelum cintakan makhluk… ^_^ amin…. TAMAT.

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
sepinggan pahala berulamkan dosa.. cinta yang disangka berlandaskan agama, tetapi hanya nafsu semata-mata..
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥​ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Moralnya?? Masing2 dapat rumuskan?? ^_^

Tuesday, July 19, 2011

Mana Satu Milik Kita?

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah.

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

Setulus Cinta Nabi Muhammad

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...

Friday, July 15, 2011

Lelaki Kacak bersama Jenazah.

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.

Monday, July 11, 2011

Berhenti Berbohong, Boleh?

Banyak kali kau ulang ikrar kau kata tak nak buat lagi dah, konon-konon tak nak buat perkara yang sama selama-lamanya, tetapi kau masih buat juga.

Banyak kali kau cakap nak berubah, tapi tak berubah-ubah.

Banyak kali kau janji nak pegang kuat-kuat. Tapi, apa sudah jadi? Janji entah ke mana, engkau entah di mana!

Berhenti menipu boleh tak? Kau bijak berkata-kata bila orang tanya.

Engkau kata :"I hate liars!", tidak pula kau laungkan "Aku paling pantang dengan penipu!"

Takkan kau hanya pintar mengatur baris merungkap kata je? Hari-hari kau sebut ayat yang bermaksud ini:

"Sesungguhnya sembahyangku ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam."

Sedarkah kau setiap kali kau menyatakan ayat ini kau sebenarnya sedang membuat janji?

Dan sesungguhnya janji kau kepada Allah itu adalah besar dan wajib kau penuhi?

Tetapi di mana perginya semua janji-janji kau?

Bila kau diberi ujian sedikit, kau mula menyalahkan takdir. Bila kau ditimpa musibah, kau mula persoalkan kenapa orang lain tidak mengalami musibah yang sama?

Saat itu kau tidak menyedari lidahmu lancar mengutuk Sang Pencipta Yang Maha Esa.

"Kenapa Allah buat macam ni? Aku benci hidup ini!" Itu lah kata-kata yang acapkali kau jeritkan ketika kau susah.

Tetapi sedarkah kau sedang membuat salah yang besar kepada Allah?

Mungkin kau kata, bila kau buat salah kau sentiasa bertaubat, tetapi kenapa kau ulang balik kesalahan kau?

Agak-agak lah kan, waktu kau bertaubat dulu, kau minta pengampunan sebab apa? Sebab nak hapus dosa dan nak masuk syurga je? Kau janji tadi, kau hidup kerana Allah. Kenapa kau tak minta pengampunan kerana nak kan keredhaan-Nya?

Oh mungkin kau fikir Allah kan Maha Pengampun. Ya, memang Allah itu Maha Pengampun. Sudah tu, kenapa engkau selalu ambil kesempatan?

Allah berfirman yang bermaksud:

"Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" ( 12 : 98)

Ya, ini bukti kukuh bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Tetapi adakah ini bermakna kau dibenarkan mengulangi kesalahan yang sama berulang-ulang kali? Tahu kah kau bila Malaikat Izrail akan datang untuk tarik nyawa kau? Macam mana jika sedang kau melakukan kemungkaran, nyawa kau ditarik?

Wahai diri, kenapa tidak kau jawab persoalan-persoalan itu? Kenapa kau terkelu?

Tidak malukah engkau hidup di atas bumi Allah walhal hidup kau masih bergelumang dengan dosa? Sedarkah kau hidup kau tidak mendapat rahmat dan barakah-Nya?

Selagi lagi tanganku menggigil, menangisi diri ini yang sangat kotor mengenangkan betapa peritnya azab Allah di sana nanti. Allah, Ighfir zunubi, Ya Ghafur. Ighfir zunubi.

Relakan Perpisahan Itu

Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi "manusia lain"? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.

Pernah kita baca di dada akhbar bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, "setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran." Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.

Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita 'gunakan' cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.

Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?

Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan,tanpa ada lagi keceriaan.

Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang 'tidak dikenalinya'. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!

Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:

1. Jadi orang baik.

Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding 'mencari' orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.

Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.

Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.

Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.

2. Ikut pilihan orang baik.

Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.

Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang 'jahat' sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.

Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.

Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri. Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!

3. Cintai Allah yang Maha Baik.

Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:


"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan suami atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi.Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?

Ya, burulah cinta itu. Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di 'body'. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.

Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!

Sunday, July 10, 2011

Impian Cintaku

Ketika sedang bersembang dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami.

"Andai aku diberikan suami, aku nak yang macam dia lah...." Bisik hati insan kudus ini. Dia terkenal sebagai pemuda yang "baik-baik". Dia yang aku maksudkan, seorang jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.

Hari ini merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serba pink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.

Di kota ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku, Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.

Di kolej kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan juga gaya hidup. Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula apabila aku menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam titik perbezaan ini!

"Kau ni tak sportinglah. Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak Sara yang bertudung labuh tu pulak," Mira mengajakku dengan penuh kesungguhan.

Kalau diikutkan hati, aku memang tidak mahu menurut ajakan Mira tetapi kata-kata mira seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.

"Ke kau jelous tengok aku dengan Zaki dating? Yelah kau kan tak ada pakwe," Sinis Mira. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi juga, "yelah, aku pergi."

Sara yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya. Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu semata-mata.

"Ustazah je lah carikanlah untuk saya," gurauku ketika diusik Ustazah Harlina Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki, bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau....

Aku menamatkan pertanyaanku sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi, jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam. Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan tetapi begitu petah berbicara soal agama.

Rasa kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus, "Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk memeriahkan lagi program ini.

"Erm, bolehlah," balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku adalah negatif.

Tetapi kali ini, aku mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di luar kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , 'Kalau ingin mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!'

"Kalau anti suka pada seseorang tu, lebih baik beterus terang," bicara Fakri padaku menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.

"Tapi ana seganlah, macam perigi cari timba je," balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku berombak kencang dengan tiba-tiba.

"Sama ada perigi mahupun timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah," cadang Fakri dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang yang aku maksudkan.
Setelah berhari-hari memikirkan kata-kata Fakri tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk menuruti cadangan kedua yang Fakri utarakan. Aku berpendapat Sara adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah antaraku dan Fakri kerana Sara sudah lama mengenali Fakri. Aku yakin, Sara juga tahu sedikit sebanyak latar belakang Fakri.

Dengan hati yang berdebar-debar aku berjalan ke arah Sara yang ketika itu sedang melayari internet menggunakan laptop berjenama Dell miliknya. Belum sempat aku memulakan bicara, Maisara terlebih dahulu memulakan perbualan sebaik sahaja dia menyedari kehadiranku disisinya. "Cantikkan tunang Fakri ni, manis dan baik sungguh orangnya. Aku jumpa dia masa aku join program di UIA minggu lepas, tak sangka sudah hampir setahun mereka bertunang. Pandai sungguh Fakri berahsia," ujar Maisara sambil matanya masih tertumpu menghadap laptop.

Aku tergamam, terasa seperti ingin menitiskan air mata di situ juga, jasadku masih disitu namun ku rasa roh ku seakan-akan telah melayang terbang dan hilang. Ya Allah, ini merupakan tamparan yang maha hebat bagiku!

Tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Mira dan Sara, aku cuba menyembunyikan kesedihan yang sebenarnya tidak mampu untuk ku bendung. Aku berubah kerana Fakri, aku juga tampil dengan penampilan yang lebih islamik kerana Fakri tetapi semuanya hanya sia-sia! Apa kurangnya aku, Ya Allah? Ternyata kini, rupanya rinduku dan rasa kasihku selama ini adalah kepada tunangan orang! Astagfirullahalazim...

Keesokan harinya, terasa sungguh berat kaki ini ketika melangkah menuju ke program ilmiah yang diadakan di auditorium Fakulti Kejuruteraan. Aku cuba mengelak memandang wajah Fakri ketika bertembung dengannya disana. Tidak sanggup rasanya melihat Fakri yang sentiasa ceria itu sebenarnya sudah menjadi tunangan orang lain.

"Wah Fakri, cantik tunang anta. Pandai anta pilih. Kalau bukan sebab program di UIA haritu mesti sampai sekarang ana tidak tahu anta sudah bertunang," Sara menegur Fakri setelah program tersebut selesai.

"Sebenarnya kami memang berhasrat untuk tidak menghebohkan pertunangan kami. Insya-Allah pada hari pernikahan nanti saya akan menjemput kamu berdua ke majlis kami. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa. Selama ini, kami cuma berbicara di telefon perkara yang perlu sahaja. Sejak awal lagi ana telah serahkan urusan jodoh ini semuanya di tangan keluarga," jawab Fakri yang membuatkan aku terpegun serta merta. MasyaAllah, benarlah seperti yang aku katakan di atas tadi, seorang lelaki yang baik akan memuliakan seseorang wanita, dan Fakri adalah tergolong dalam golongan lelaki yang baik itu.

Malam itu, aku merintih dalam doa kepada Rabbiku. Betapa berdosanya diri ini, Ya Allah. Selama ini aku tidak ikhlas dalam perubahanku. Aku bertudung labuh semata-mata demi seorang lelaki. Malah,aku perjuangkan dakwahMu cuma kerana aku ingin dekat dengannya, bukan ikhlas keranaMu. Bercucuran air mata turun dan mengalir dari kelopak mataku. Hari-hari berikutnya, aku meniti kehidupanku dengan tabah dan berharap keampunan Allah S.W.T untukku.

Alhamdulillah. Aku telah terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di University Sydney, Australia selama 3 bulan. Bagiku pemilihan ini merupakan satu rahmat besar buatku. Sedikit demi sedikit aku sudah berhenti memikirkan Fakri dan lebih menumpukan mindaku menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Australia. Setelah beberapa minggu di sana, aku membuat panggilan kepada Ustazah Harlina Hasyim.

"Kalau dah suka sangat duduk di Australia tu, baguslah. Lagipun ustazah ada anak saudara yang sedang belajar medik disana. Kemungkinan besar dia akan bekerja di sana juga selepas mendapat ijazah akhir tahun ini. Senang macam ni, ustazah jodohkan dia dengan kamulah."gurau Ustazah Harlina sambil tergelak kecil.

Ya, siapa sangka gurauan itulah yang mengukir episod-episod seterusnya dalam hidupku. Gurauan tiga tahun lepas itulah yang membuatkan aku bahagia meniti hari-hari ku yang sebelum ini pernah malap kerlipannya. Hari ini hari bahagiaku, dan aku Alin Adila kini sedang menghampiri sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar yang suci.

Di atas permaidani itulah bakal suamiku, Dr.Haikal Azim, seorang doktor yang bekerja di Sydney Children's Hospital, Randwick Australia. Nampaknya aku akan kembali menetap di bumi Australia. Jika tiga tahun lepas aku menetap hanya selama 3 bulan mungkin selepas ini bertahun-tahun lamanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan Allah, aku tidak menikahi lelaki yang bernama Fakri tetapi yang akan aku nikahi sebentar lagi merupakan sahabat baik Fakri sejak kecil. Satu kebetulan yang aku sendiri tidak jangka selama ini.

Hari ini Fakri kelihatan cukup segak berbaju melayu berada di sisi bakal suamiku yang akan aku nikahi sebentar lagi. Kelegaan aku ketika melihat kelibat Fakri tadi adalah kerana sekiranya bayang Fakri kelihatan, sudah tentulah bakal suamiku telah tiba disini bersama rombongannya. Fakri dan Haikal sememangnya terlalu akrab. Suatu ketika dahulu aku pernah berkata bahawa aku ingin mendapat suami macam dia (Fakri).

Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan Dr.Haikal Azim yang sifatnya, akhlaknya sebaik Fakri yang dahulunya sering aku kagumi. Aku teringat kata-kata Fakri suatu ketika dahulu. "Perigi dan timba harus sama-sama mencari." Aku yang meminta 'dicarikan jodohku' oleh ustazah (walaupun bukan secara direct) dan bakal suamiku pula meminta mak longnya mencarikan bakal isteri buat peneman hidupnya di perantauan. Fakri sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya yang merupakan tunangannya suatu ketika dahulu pada tahun lepas. Kini, mereka kelihatan begitu mesra bersama. Aku berdoa semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya dan kebahagianku adalah pemilik hakiki hatiku kini.

Alasan Untuk Berdosa

"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"

"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"

"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"

Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.

Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.

Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.

Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.

Inilah alasan-alasan kita.

Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?

Kita Yang Memilih Untuk Lemah

Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.

Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.

Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.

Justeru apakah alasan tidak mampu?

Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.

Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?

Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.

Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.

Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?

Takdir Allahlah Yang Silap?

Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.

"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.

Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?

Kita.

Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.

Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.

Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"

Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.

Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"

"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"

Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.

Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?

Tiada siapa mengetahui.

Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.

Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.

Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???

Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.

Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.

Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.

Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.

Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.

Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.

Lihatlah dia.

Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki

Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.

Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?

Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.

Perhatikan diri kita.

Yang bersalah hakikatnya adalah kita.

Kita yang memilih jalan kefasadan.

Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?

Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?

Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.

Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Wednesday, July 6, 2011

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

istimewannya tahun 2011

Tahun ini akan mengalami 3 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11 serta bukan itu saja, cuba ambil 2 nombor akhir tahun kelahiran Kita dan ditambah dengan umur Kita pada tahun ini keputusannya ialah 111!!! Pada bulan Oktober nanti akan ada 5 kali Hari Isnin, 5 kali hari Ahad dan 5 kali Hari Sabtu. Ini hanya akan terjadi setiap 823 tahun.

Tuesday, July 5, 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

1.Universiti Sains Malaysia
2.Universiti Teknologi Malaysia
3.Universiti Kebangsaan Malaysia
4.Universiti Putra Malaysia
5.University of Malaya
6.Universiti Malaysia Perlis
7.Multimedia University
8.Universiti Teknologi Mara
9.Universiti Malaysia Pahang
10.International Islamic University of Malaysia
11.Universiti Utara Malaysia
12.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13.Universiti Tenaga Nasional
14.Universiti Malaysia Sabah
15.Open University Malaysia
16.University of Nottingham Malaysia
17.Universiti Teknologi Petronas
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Pendidikan Sultan Idris
20.Taylor’s University College
21.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22.Universiti Tunku Abdul Rahman
23.Universiti Malaysia Terengganu
24.Universiti Malaysia Sarawak
25.Universiti Tun Abdul Razak
26.Monash University Malaysia
27.Universiti Industri Selangor
28.Wawasan Open University
29.UCSI University
30.Curtin University of Technology Sarawak Campus
31.Asia Pacific Institute of Information Technology
32.International Medical University
33.Help University College
34.Tunku Abdul Rahman College
35.Al Madinah International University
36.Universiti Kuala Lumpur
37.National Defence University of Malaysia
38.Segi College
39.Universiti Sultan Zainal Abidin
40.Universiti Malaysia Kelantan
41.Limkokwing University of Creative Technology
42.KDU College
43.Selangor International Islamic University College
44.Sunway University College
45.Malaysia Theological Seminary
46.Malaysia University of Science & Technology
47.Olympia College Malaysia