Wednesday, November 30, 2011

Pohon Cinta

“Allahuakbar, Allahuakbar, Lailahailallah.” Tangannya pantas mencapai telefon bimbit di sebelah, mematikan nada deringan. Lagu Maher Zain itu segera terhenti. Beberapa saat berlalu, matanya masih jua tertutup.

Hati digagahkan, tangan segera meraba di dalam kegelapan, mencari sesuatu. Dia duduk di atas katil itu, sambil memegang buku Bidayatul Hidayah, karya al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali R.A dan membuka muka surat yang dikehendaki.

Subuh yang hening itu dimulakan dengan doa dan puji-pujian bagi yang selayaknya menerima pujian, Allah S.W.T.

Ahlam segera bangkit, bersiwak, dan mempersiapkan diri untuk beribadah. Subuh hanya akan tiba kurang setengah jam sahaja lagi.



Dengan lafaz bismillah, membaca surah an-Nas sebelum memulakan solat, dia hanyut di bawah kelemahannya, menghadap Yang Maha Kuasa.



Pagi itu cerah seperti biasa, awan dan matahari juga seperti biasa. Semua yang hidup itu pasti sedang bertasbih, memuji kebesaran Allah S.W.T. Selepas Isyraq, dia menarik nafas, melangkah menuju ke kelas. Pusat Asasi UIAM, PJ hening ketika itu. Sudah menjadi kebiasaanya, dia bahagia.

Tanpa disedari, ada yang melihat dari jauh. Hanya beberapa langkah dibelakangnya.

“Ahlam.” Tegur yang melihat itu.

Ahlam tidak segera menoleh, walaupun langkahnya terhenti. Dia beristighfar, kerana dia tahu suara itu milik seorang 'brother,' panggilan yang digunakan untuk pelajar lelaki di situ.

“Assalamualaikum, Ahlam.” Tegur suara itu lagi.

Pemilik suara itu berkira-kira, mungkinkah Ahlam akan pergi meninggalkan dia begitu sahaja, atau sudi mendengar bicaranya.

Dia melihat sekeliling, hanya ada beberapa orang rakannya tiga langkah daripada dia. Dia tidak mahu bersendirian dengan Ahlam. Mestilah, haruslah, pertemuan itu berteman.

Ahlam hanya menjawab salam di dalam hati. Dia menutup bahagian bawah mukanya dengan lengan baju kurungnya, lalu tunduk seraya berkata.

“Kenapa ya, perlu berjumpa di waktu begini? Ana ada kelas.”

“Bukankah kelasmu hanya akan bermula satu jam saja lagi? Masih ada waktu."

"Asif.. ana terpaksa menganggu seketika. Ana tidak ada nombor anti untuk bertanya perkara ini.” Faqeh menjawab.

Dia terdiam sesaat. “Sudahkan sister Farah berjumpa anti?” Tanyanya.

“Sudah, dan jawapan sudah diberikan.” Ahlam menjawab tegas.

Hatinya bergolak, perasaan bercampur baur. Dia tahu fitnah tidak akan timbul kerana Faqeh berteman, tapi mana mungkin dia berdiri di situ walaupun sesaat dua kerana hanya dia seorang di pihak muslimah.

Dia segera berlalu. Tidak betah berlama. Faqeh terkejut tapi tidak menghalang.

“Salahku juga.” Fikirnya.

*****

Lalu dia teringat pertemuannya dengan sepupunya, Farah, semalam.

“Allah mengetahui segala sesuatu." Farah memulakan bicara.

“Faqeh, dia menolak. Sudah dua kali kamu cuba taqdim, cukuplah.” Tambah Farah.

“Tapi aku yakin dia jodohku.” Tegas Faqeh.

“Apakah keyakinanmu itu bersandarkan Allah? Bagaimana pula dengan keyakinannya menolak kamu? Adakah itu cuma permainan di mata? Faqeh, dia sudah istikharah. Dia hanya memaklumkan belum tiba masanya saja. InsyaAllah, lepas habis pengajian, cubalah kamu mengkhitbahnya sendiri.” Balas Farah.

“Aku juga sudah istikharah, dan ternyata dia jawapanku.” Kata Faqeh.

Pelajar Asasi Kejuruteraan itu sukar menerima hakikat.

“Istikharah tidak bermakna jika kamu berat hati pada satu jawapan sahaja. Kamu harus bersedia untuk pilihan yang lain. Itu salah kamu di situ.”

Farah memandang sayu sepupunya itu.

“Hanya satu semester saja lagi. Habiskanlah pengajianmu, biarkan dia juga belajar. Kamu itu bukan setakat seorang pelajar, tapi seorang Muslim. Tanggungjawabmu lebih berat, tanamlah dulu sifat taqwa, insya-Allah, perjalananmu akan dipermudahkan.”

Kata Farah menutup bicara. Dia berlalu meninggalkan Faqeh dan temannya di kafeteria.

Faqeh menoleh ke arah temannya, meminta kekuatan walaupun sedikit.

'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' [Q.s. An-Nisa:19 ]

Ujar temannya, memahami maksud pandangan Faqeh.

Faqeh mengusap muka dengan kedua tapak tangannya, mengucapkan terima kasih lalu beransur ke musolla.

Dia hendak bertaubat, kerana walau sekejap cuma, dia sudah lupa tanggungjawab yang lebih utama, iaitu menjadi hamba kepada Pencipta yang Agung.

*****

Farah tiba di dalam bilik, meletakkan beg di atas meja, dan mengingat kembali peristiwa ketika dia menyampaikan hajat Faqeh buat kali kedua kepada Ahlam.

“Petunjuk awak adalah dia bukan?” Tanya Farah.

Ahlam tenang, lalu menganggukkan kepala.

“Tapi kenapa harus menolak?” Tanya Farah lagi.

Ahlam tersenyum, lalu menjawab.

“Belum tiba masanya. Kami masih muda, iman kami masih baru bercambah.”

Suasana senyap seketika.

“Cinta itu sempurna seperti pohon, akarnya tertanam dalam hati, batangnya kukuh dalam kata, buahnya terkandung dalam perbuatan. Persis seperti iman, tetap dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal. Pernah saya terbaca ayat itu.” Tambahnya lagi.

“Awak cintakan dia?” Farah menambah persoalan.

“Cintaku kepada Allah lebih penting, dan juga Rasulku, adakah awak hendak saya melupakan itu?” Ahlam menjawab dengan pertanyaan.

“Boleh saja kalau kamu bertunang dahulu sementara belajar, dan bernikah selepas tamat.” Farah mengutarakan pandangan.

“Pertunangan itu bagi saya, adalah untuk mengenali satu sama lain. Baguslah kalau ramai yang memikirkan begitu. Tapi saya sendiri yakin dengan pilihan Allah, biarlah saya mengenali jodoh saya selepas kami dinikahkan.”

Terang Ahlam. Farah senyap.

“Aduhai Farah, ingatkan hatimu, ingatkan nafsumu, bahawa kematian itu dekat sekali. Mungkin ramai berkata, kita berada di sini untuk menuntut ilmu. Tapi bukan itu semata-mata. Seperti yang ku katakan, cinta itu seperti pohon, laksana iman.

Teguhkanlah iman dulu, siramilah dengan ketakwaan, barulah sempurna cintamu itu. Marilah kita letakkan kepercayaan kepada Allah, saya yakin, Dia akan menjaga hati kami berdua.

Insya-Allah, setelah tamat belajar, barulah mendapat keberkatan. Habiskan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan seorang anak dahulu.”

Ahlam berkata sambil memegang tangan Farah. Dia senyum, hatinya beristighfar.

Farah membalas senyuman Ahlam, lalu mengangguk tanda faham.

Dia tahu, ramai yang kalah dalam perjuangan atas nama cinta. Ahlam menjaga maruahnya sebagai seorang muslimah dengan rasa malunya, dengan kesabarannya.

Dia tahu, kalau ada jodoh, pasti akan bersatu jua. Lalu dia juga beristighfar di dalam hati, kerana dia tahu dan dia pasti, hatinya selalu sahaja leka namun Allah itu Maha Pengampun. Maka dia memohon keampunan.

Pertarungan Iman Dan Nafsu

Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain?

Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri.
Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan?
Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan?
Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka memerlukannya?
Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan?

Tidak kiralah siapakah mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.

Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu, iaitu memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan Al-haqq 'Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."

Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua diantara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.

Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.

Pertarungan antara iman dan nafsu!

Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih.

Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah SWT, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.

Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..

Hadis Rasulullah SAW:

"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).

Selagi iman bertapak kukuh di hati, selagi iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.

UTeM oh UTeM....

dah lame rase nye aku tak update blog nie...
since aku lom masuk UTeM..
skrg dah 3 bln lebey aku kat utem..
makin gemok aku..
hahahaha..
7 kilo naik...
bahagia sgt la kan masuk utem...

nk cte psal utem..
erm..
not bad la..
hehehe
seronok la gak...
even mase mule2 2 "apesei dpat UTeM"..
but now..

i found it quite interesting la gak kn..
hahahahaha..

nk2 dah ade si merah bersama aku..
terbaik la..
heheheh..
dah 1/3 melake aku jelajah..
ape2 pn...
utem best!!!




utem ku cemerlang~~
utem ku gemilang~~
utem ku terbilang~~~
utem terus berjuang...~~~~


adioz!